Potensi diri yang disia-siakan
Sakan betul tajuk aku harini.
Jadi perkara yang aku nak ceritakan sekarang ialah tentang rasa simpati kepada versi kecil diri ini. Btw, sekarang aku sedang curi masa menulis dekat blog. Lari sikit dari assignment. Cakap tentang assignment, aku tak tahu bagaimana nak harungi kehidupan universiti yang penuh dengan assignment. hua...hua haaa. Let's stop talk about this.
Mengenai tajuk kita. Dulu masih segar dalam ingatan aku yang aku pernah menulis cerita fantasi dalam buku nota sekolah. Seingatku, waktu itu aku darjah 6. Suka berangan-angan. Jadi aku tulis cerita tentang classmate. Kisahnya, dalam satu kelas tu ada dua geng besar. Means satu kelas tu ada dua puak. Geng pertama nama dia Geng WOW. But, i can't remember pulak satu puak lagi nama apa. (geng CRAZY, i do remember now 31/5). Jadi mereka bergaduh antara satu sama lain.
After aku tulis cerita, aku akan bagi kawan-kawan aku untuk baca. hehehe. I think cara penceritaan aku harini a bit boring ya. Tapi tu lah yang aku nak cakap.
Potensi diri yang disia-siakan pula ialah, kenapa ya aku tak up to date macam orang di bandar. Kenapa aku tak terdedah kepada penggunaan blog untuk meluahkan kisah berbagi cerita ni. Padahal, aku sudah ada segalanya waktu itu, aku ada komputer dan aku sering main game dalam komputer hingga mata jadi rabun. Aku suka google gambar-gambar artis cantik. Aku suka dengar lagu dalam internet, macam-macam lagi lah. Tapi kenapa aku tak terfikir nak mengasah potensi waktu tu?
Tapi sekarang pun aku tidak mengasah potensi lagi 😂. Sebenarnya, banyak sangat peluang yang diri ini sia-siakan.
Dearself,
Make me proud of you one day, please?
Ulasan
Catat Ulasan