aku dan mental health
Aku sudah penat menjadi sekuat ini. Aku penat memendam segalanya sendiri. Aku penat tidak meluahkan isi hati kepada manusia. Aku penat segalanya adalah dengan diriku. Kadang aku rasa aku ada masalah mental. Bukan gila. Cuma sedikit tekanan. Tapi aku berbeza dengan yang lain. Jika orang lain sampai mencederakan diri sendiri. Aku bukan begitu. Aku sayang diri aku. Kerana hanya aku yang ada untuk aku saat aku tersungkur. Mana mungkin aku sakiti diri aku. Mana mungkin aku toreh daging aku sendiri. Aku dan mental health. Orang mana boleh tahu aku ada tekanan. Aku pun tak tahu sama ada aku ada masalah mental atau tak. Tapi kadang aku rasa jiwa aku lemah. Aku nak luah segala rasa. Tapi tak ada yang boleh aku percaya. Aku penat pendam segalanya sendiri. Aku nak pulang. Aku nak balik. Aku nak peluk umi. Aku nak menangis dalam pelukan umi. Tapi aku tak mampu. Aku hanya ada aku. Aku tak mampu nak luahkan segalanya pada umi. Aku tak mampu izinkan umi usap air mata aku. Padahal dal...