aku dan mental health
Aku sudah penat menjadi sekuat ini. Aku penat memendam segalanya sendiri. Aku penat tidak meluahkan isi hati kepada manusia. Aku penat segalanya adalah dengan diriku.
Kadang aku rasa aku ada masalah mental. Bukan gila. Cuma sedikit tekanan. Tapi aku berbeza dengan yang lain. Jika orang lain sampai mencederakan diri sendiri. Aku bukan begitu. Aku sayang diri aku. Kerana hanya aku yang ada untuk aku saat aku tersungkur. Mana mungkin aku sakiti diri aku. Mana mungkin aku toreh daging aku sendiri.
Aku dan mental health. Orang mana boleh tahu aku ada tekanan. Aku pun tak tahu sama ada aku ada masalah mental atau tak. Tapi kadang aku rasa jiwa aku lemah. Aku nak luah segala rasa. Tapi tak ada yang boleh aku percaya. Aku penat pendam segalanya sendiri. Aku nak pulang. Aku nak balik. Aku nak peluk umi. Aku nak menangis dalam pelukan umi. Tapi aku tak mampu. Aku hanya ada aku. Aku tak mampu nak luahkan segalanya pada umi. Aku tak mampu izinkan umi usap air mata aku.
Padahal dalam hati aku. Aku ingin sekali meluahkan segalanya penat perit yang aku lalui dalam hidup. Aku tak rasa semua orang tahu kisah hidup aku. Umi dengan abah apatah lagi. Yang tahu tentang aku adalah aku dan tuhan aku. Aku nak bercerita. Aku nak meluahkan tapi aku tak mampu.
Aku nak ada tempat pulang. Aku nak ada tempat bersandar tapi aku seolah takkan ada peluang itu. Hanya aku yang boleh pujuk diri aku. Hanya aku yang boleh usap air mata aku. Hanya aku yang boleh kuatkan aku. Hanya aku.
Adakah aku dikategorikan sebagai mental? Adakah lama kelamaan aku akan sakit mental? Sebab memendam segalanya sendiri. Andai saja aku diberi peluang, untuk meminjam bahu seseorang. Untuk aku menangis melontarkan segala isi hati yang terbuku. Adakah akan ada peluang itu?
Tapi aku tak luah dekat orang. Aku tak percara pada orang. Sebab itu aku tak meluahkan. Aku harap sekali saja aku boleh meluahkan segala perit lelah kepada umi. Sekali saja. Andai saja aku mampu.
Diari diri, aku dan mental health
20/11/2024
Ulasan
Catat Ulasan