Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

suara hati & azam 2025

Bila tajuk nya adalah suara hati. Apa yang sebenarnya bermain diminda mu?  Hai, aku rindu. Dengan diri aku yang dulu. Aku rindu dengan sifat ingin tahu yang pernah aku punya dulu. Aku rindu diri aku yang suka baca puisi. Suka tajamkan otak memikirkan ayat-ayat puitis yang boleh aku penakan dalam penulisan ku.  Aku semakin berusia. Orang cakap aku macam mak orang. I wish i had kids in this very young age. Raut wajah aku sudah tak seperti dulu. Aku nampak lebih matang. Aku tak nampak comel seperti dulu dah. Dan aku kena terima kenyataan yang aku semakin lama semakin bertambah umur. Semakin dekat dengan kematian.  Aku rindu diri aku yang mula beranjak dewasa dulu. Mengagumi banyak hal. Aku suka berfikir tentang pelbagai perkara. Kadang aku berfikir tentang benda di sekeliling aku. Mengapa ia terjadi. Dan dari situ, aku sedar. Bertapa bersyukurnya aku dengan segala nikmatNya.  Tapi sekarang aku bukan macam tu lagi. Fikiran aku bercelaru. Banyak hal-hal orang dewasa yang ...

touching: she used to be my best best friend

Hai. Wanna cry. So bad.  My old friend, dah bertunang. masya-Allah. Happy for her. Means dia nak kawen la kan? Alhamdulillah. Aku doakan yang baik-baik untuk dia. She deserved all the happiness. Selepas all the suffer yang dia lalui. She deserved everything.  Our friendship is over long time ago. I used to menjauh as far as i can. Aku delete dia as my followers, aku delete number dia. Aku tak bagi dia contact aku n everything. I used to be a very bad friend for her. Aku don't want to be friend with her anymore.  Dan lately, takde lah lately..cuma maybe setahun kebelakangan. Aku rasa bersalah. Atas apa yang aku buat, atas segala usaha aku untuk hancurkan friendship kami. Bukan apa, tika tu aku cuma tak selesa...kami berkawan macam belangkas.  Dan aku ada terfikir, one day bila aku dah ready. Aku nak ajak dia keluar makan sekali. N explain everything that aku buat kat persahabatan kami. That happens with a big reason. Cuma dulu, aku tak mampu untuk cakap kenapa aku ing...

buat baik

Hai.  Dari banyak-banyak perkara yang bermain di minda. Benda ni yang paling aku nak ulas. Curi masa nak tulis. Bukan apa, cuma aku rasa kalau aku menulis aku lebih banyak muhasabah. Aku rindu diri aku yang dulu. Diri aku yang sentiasa tekad nak berjaya. Nak jadi hebat.  Aku sentiasa buat baik. Aku suka belanja orang makan. Walaupun aku tahu aku perlu simpan duit. Walaupun aku tahu aku bukannya ada duit. Tapi kenapa aku selalu bagi orang makan?  Kadang aku rasa, why?? Kenapa aku terlalu memberi. Sedangkan bila aku kesuntukan wang. Bukan mereka datang hulurkan duit.  Kadang aku terlalu baik. Kadang aku terlalu memberi. Kadang aku terlalu berbelanja.  Tapi semua tu kepada orang lain.  Aku tak pernah buat baik kepada diri aku sendiri. Aku tak pernah pentingkan diri aku. Kesihatan mental aku. Hubungan aku dengan tuhan. Aurat aku. Diri aku. Aku buat baik dekat orang. Tapi aku aniaya diri aku.  Aku lambatkan kerja aku. Aku buang masa. Aku tak ulangkaji. Aku ...