suara hati & azam 2025

Bila tajuk nya adalah suara hati. Apa yang sebenarnya bermain diminda mu? 

Hai, aku rindu. Dengan diri aku yang dulu. Aku rindu dengan sifat ingin tahu yang pernah aku punya dulu. Aku rindu diri aku yang suka baca puisi. Suka tajamkan otak memikirkan ayat-ayat puitis yang boleh aku penakan dalam penulisan ku. 

Aku semakin berusia. Orang cakap aku macam mak orang. I wish i had kids in this very young age. Raut wajah aku sudah tak seperti dulu. Aku nampak lebih matang. Aku tak nampak comel seperti dulu dah. Dan aku kena terima kenyataan yang aku semakin lama semakin bertambah umur. Semakin dekat dengan kematian. 

Aku rindu diri aku yang mula beranjak dewasa dulu. Mengagumi banyak hal. Aku suka berfikir tentang pelbagai perkara. Kadang aku berfikir tentang benda di sekeliling aku. Mengapa ia terjadi. Dan dari situ, aku sedar. Bertapa bersyukurnya aku dengan segala nikmatNya. 

Tapi sekarang aku bukan macam tu lagi. Fikiran aku bercelaru. Banyak hal-hal orang dewasa yang aku kena hadap. Tanpa menyedari diri aku sebenarnya sudah dewasa. Wajarlah hal itu yang aku kena tempuh. Kenapa perlu aku jadi dewasa? Aku tak kuat menjadi dewasa seorang diri. 

Aku suka menulis bukan? Ya sangat suka. Tapi seperti nya bakat menulis ku mulai tumpul. Aku tak gunakan nya sebaik-baiknya. Aku sedar masa aku makin lama makin singkat. Hari aku berlarutan sangat pantas. Tiba-tiba sahaja aku sedar diri aku sudah diambang tahun baru. Tiba-tiba aku berada di penghujung 2024. 

Apa yang aku lakukan sepanjang tempoh hidup aku? Apa yang aku lakukan sepanjang 2024. Aku jadi insan berguna kah? Aku banggakan diri aku kah? Atau aku masih mencari diri? Diri remaja aku yang hilang kerana masa berlari laju, tanpa sempat aku mengejar. 

Dua tahun berbaki, sebelum zaman belajar aku habis. Lepas ni aku akan kerja sebagai apa? Entah la. Aku hanya nak buat benda yang aku suka. Doakan aku dimurahkan rezeki. 

Azam 2025. Hmm rasanya azam aku kebanyakan nya tak tercapai. Tak tergenggam. Hahaha. Mungkin aku berazam dan melupakan. Berharap ada keajaiban yang berlaku untuk wujudkan mimpi aku. 

Jadi jom, kita pergi ke arah tidak formal. Azam aku tak banyak untuk 2025. Cuma aku nak lebih berfokus sahaja. Dulu mungkin azam aku adalah aku nak jadi tinggi. Dan kau nampak sudah hasilnya. Menjadi atau tidak apa yang ku azamkan. Tapi kali ini biarlah aku berazam bersungguh-sungguh. Untuk aku keluar dari masalah yang membelenggu. Jadi aku akan kategorikan azam aku sendiri. 

1. Agama
2. Self love 
3. Self growth 

Untuk agama. 
Aku nak jadi more serious dengan agama aku. Jadi aku nak: 

1. Mula bayar hutang aku kepada Allah SWT 
2. Aku nak baca al Mulk setiap malam
3. Aku nak cuba khatam al Kahfi setiap hari Jumaat 
4. Aku nak cuba puasa sunat. Isnin dan Khamis. 
5. Aku nak bersedekah subuh/bersedekah Jumaat 
6. Aku nak kerap datang majlis ilmu agama. 
7. Aku nak nikmati solat subuh di masjid 

Self love. This one is very² important. 

1. Aku nak treat myself every 1st day of the new month. 
2. Aku akan lebih berani untuk katakan tidak. 
3. Aku nak jadi more happy
4. Aku akan pertahankan diri aku sendiri 

Self growth 

1. Aku tak mahu menunda dah 
2. Aku nak mula menulis dan tajamkan kembali fikiran aku. 
3. Aku akan set masa untuk belajar english, mandarin in a week. 
4. Aku akan banyakkan senyum 
5. Aku akan bersenam at least 3 times a week. Tak kira, swimming, jogging, or training. 

That's all yang aku terfikir. Aku just nak jadi a better human. Better me. Untuk diri aku. Untuk agama aku. 
Doakan aku. 

Catatan akhir tahun. 
30 Disember 2024 <3


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

intelligence guy

self-deep talk

may he be my jodoh, the last crush amen.