digital diary
It's been a long time I'm not writing.
Hai, boleh tak aku luahkan segalanya malam ni ? Segala-galanya. Tentang apa yang aku lalui. Tentang mindset aku. Tentang diri aku. Mental health aku.
Orang cakap, if you want to feel better, then journaling is the best therapy.
Aku dah lama tak menulis. Sbb kadang ada je rasa nak tulis tu tulis ni. But i end up scrolling for no reason. Apa perasaan aku bila nak masuk alam dewasa ni? Sungguh, aku tak cukup bersedia. Aku masih stuck. Aku rasa aku masih lagi 17 tahun. Padahal tahun ni aku dah 23 tahun. Kejamnya dunia. Pejam celik pejam celik. Eh aku dah besar. Dah big girl.
People at my age is getting married. Aku? Ada boifren pun tak pernah. Bukan aku nak persoalkan. Sebab aku pun memilih. Dan kenapa ya, orang lain boleh senang² kenal, senang² bercinta, senang² kawin. Tapi aku, sejak² habis sekolah aku dah susah nak kenal dengan lelaki. Nak rapat dengan lelaki or nak tegur or nak test market. Nope. Aku totally different. Aku yang sekarang dengan 5 tahun lepas sangat lain. How about 5 tahun akan datang? Dah kawin ke aku? Well I'm not sure. Since aku pun target kawin umur 30an. Hahahhha too old ya to have a child at 30s. Ye ke? Bukan time tu dah financially stable ke?
Kau tahu aku dah ada gambaran rumah yang aku nak buat dalam kepala aku. Aku nak ada rumah yang ada swimming pool. Nak letak punch bag hehe. Senang nak practice sparring. Pastu pool pulak tak nak yang cetek. Kalau boleh nak yang bertaraf olimpik hahahhahah. Baru syok berenang. Heyy, aku dah pandai berenang la. Alhamdulillah. Finally kan. Impian aku yang aku tulis dalam buku tu sikit-sikit tercapai.
Aku kan masih tak sure dengan boundouries sendiri. Aku rasa aku kena tetapkan had aku juga dalam bersosial ni. Boundouries tu penting kan? Setiap orang ada limit dia. Bila ada orang cross je bondouries kau. Means kau kena angkat kaki dan blah. Bila kita ada bondouries ni. Pegangan kita lebih kuat kan? Kita lebih strong. Lebih berani untuk pertahankan diri kita. But, aku masih tak tetapkan limit aku. Masih tak figure out myself yet. Setakat mana boundaries aku. And blablabla.
Aku sekarang kat rumah. Kat dalam bilik aku. Tempat yang paling aku rasa selamat untuk jiwa aku. Dan kau tahu, bila balik kampung ni. Aku malas nak peduli tentang kerja² universiti. Nak belajar pun malas ni. Aku malas nak balas chat orang. Malas nak baca update terkini orang. Dan macam-macam lah. Sekarang tengah word hard untuk satu program antarabangsa ni. And aku sangat-sangat malas nak ambik tahu tentang program tu sekarang. I really-really nak escape from uni stuff dan segala beban yang sanggup aku pikul di universiti ni.
Kau tahu haritu sebelum balik. Seminggu aku kurang and tak bercakap langsung dengan rumet aku. And its not perkara biasa. Aku sengaja balik lambat. Aku sengaja tak ada dalam bilik masa dia ada. Or aku sengaja tidur lebih kalau dia ada dalam bilik. Kalau boleh aku taknak ada interaksi pun dengan rumet aku. Bukan apa, cuma malam firedrill tu aku terasa enough with my rumet. Dia tak turun kat padang berkumpul kecemasan tu. And aku tak tahu dia kat mana. Dan bila aku balik. Bilik berkunci. Aku tunggu lama. Hampir sejam or sejam lebih. Sampai aku yg fed up. Aku dah give up kena gigit nyamuk tunggu dia kat luar bilik. Sbb aku tak bawak kunci. And aku tak expert yang dia akan kunci pintu. Aku chat dia but no reply. And i have assignment want to finish it. Last-last aku pegi tido dalam bilik junior. Subuh baru aku balik. And yepp pintu berkunci, dan aku ketuk pintu kuat nak mampus. With angry face. Dan sejak tu, aku kalau boleh taknak ada interaksi with my rumet. Sbb aku terasa hati dia kunci pintu, then tak balik bilik bila firedrill dah habis. But last² before dia balik rumah tu, ada la aku cakap2 but not much la. Since aku pun jenis malas nak bercakap.
Aku tak pandai komunikasi dengan orang. That the big problems for me. Aku masuk persatuan but tak pandai komunikasi. Boleh faham? Macam mana orang yang masuk persatuan besar² dekat uni tapi skill communication kurang? Tak suka bercakap? Blur and yeahhh. Thats me.
Dan aku kan aku rasa aku nak jadi a boring person la. Walaupun aku dah memang semulajadi membosankan but this time let me jadi orang yang paling membosankan. Sebab? Tak ada sebab. Biarlah orang anggap aku bosan. True friends will stay right? Aku rasa aku nak start tengok documentary. Or benda² membosankan. Sbb aku nak belajar. Aku nak tambah ilmu.
Dekat tempat kerja aku. Why i let people to disrespect me? Kenapa aku biar orang marah aku? Aku shouldn't sebenarnya let people marah aku. I need to stand for myself.
And i just let people disrespect me. Mengata or what. But kenapa aku nak kisah? Kalau orang mengata aku means my life better than them.
Ahh kalau boleh diluahkan segala isi hati. Aku ludah-ludah segala yang pahit. Aku nak cepat-cepat habis bulan 5 dan i feel free. From everything. Ahhh kept it up my girl. U can do it. All the programs is bulan 5. So masuk je bulan 6 aku boleh tengok squid game dengan tenang. Hahahahah.
Bye,. it's late night. I need to wake up early tomorrow.
2/2/2025
Ulasan
Catat Ulasan