hancur

Berkeping-keping hati aku patah. Sikit-sikit jiwa aku hancur. 

Aku tertanya, adakah aku langsung tak layak untuk bahagia? Kenapa hari ni sangat memilukan aku? Kenapa hari ni aku sangat teguh berpura-pura kuat? 

Kenapa hidup aku tak sebahagia orang lain? Kenapa hanya aku yang perlu hancur sendiri? 

Hai, hari ni aku dirundum pilu yang bertalu-talu. Sampai aku menginginkan mati. Aku penat hidup dengan mental yang begitu berantakan. 

Aku lelah dengan hidup aku sekarang. Aku takut. Takut dengan segalanya. Aku takut dengan results exam yang bakal keluar nanti. Seolah hancur dunia aku nanti. Seolah menangis air mata darah sekalipun takkan mampu mengubah takdir yang terpahat. 

Aku takut. Aku marah. Sampaikan budak jadi mangsa amarah aku. Aku takut. Aku marah. Sampaikan sedikit kata pun berjaya hiris hatiku. 

Aku takut. Takut mati. Takut hidup. Aku sendiri tak mampu kawal diri aku. Aku sendiri tak mampu pujuk diri sendiri. Aku sendiri tak mampu redakan nangis sendiri. Aku sendiri mahu lupakan segalanya. Aku sendiri mahu lari. Aku sendiri rasa nak tamatkan cepat-cepat segala yang pahit. 

Aku tak mampu. Aku penat berkias-kias. Aku penat dengan diri aku. Aku nak lari. Tolong bawa aku lari. Aku rasa orang gila lagi bahagia dari aku. 

5/3/2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

self-deep talk

intelligence guy

keep going