22th birthday thought
November is coming.
Hi, aku akan memasuki umur 22 tahun. Tak terfikir akan sampai sejauh ini. Tak terfikir pun 21 tahun akan jadi tahun yang sangat sukar. Banyak permainan mental. Banyak rasa yang bersarang. Banyak dendam yang membara. Banyak hati yang tersakiti. Tapi hati sendiri lebih sakit.
Banyak nya cabaran menjadi 21 tahun. Umur yang dimana aku mula menjadi dewasa. Banyak perit payah aku hadap. Sehingga lah ke detik ini. Lebih kurang setengah jam lagi, umur aku akan berubah menjadi 22 tahun. Dan mungkin aku akan habiskan setengah jam ini dengan meluahkan segala yang terbuku di dalam hati.
1 November 2023, hari di mana aku meraikan hari aku seorang diri. Tiada ucapan istimewa, tiada hadiah istimewa. Aku ingat lagi, aku di dalam bilik menulis puisi untuk hari jadi yang ke 21 tahun. Beberapa hari kebelakangan aku cuba untuk tulis puisi hari jadi yang ke 22 tahun. Tapi aku gagal. Aku buntu. Tiada idea yang datang. Jadi jangan tanya mengapa tiada puisi untuk ulang tahun kali ini. Mungkin akan ada, tetapi tidak indah.
Biasanya, malam hari jadi aku akan tulis segala hajat dan impian yang aku nak capai pada usia 22 tahun ni. Banyak yang tergenggam sebenarnya. Boleh kata hajat aku semuanya seperti mustahil. Tetapi sebenarnya aku yang tidak berusaha mewujudkannya.
Banyak yang aku hadap pada usia 21 tahun. Antaranya, mental health yang sangat down. Aku banyak sangat nak masa dengan diri aku. Aku nak cari ketenangan dalam diri aku. Aku suka duduk sorang-sorang. Aku suka randomly pergi makan aiskrim sorang-sorang. Walaupun pada larut malam.
21 tahun juga adalah di mana aku banyak sangat isu dengan orang sekeliling. Berkenaan comman sense. Aku yang tiada comman sense. Aku tak boleh terima teguran. Aku rasa aku je yang betul. Ego aku tinggi. Aku mudah marah. Aku mudah nak herdik orang. Banyak lah yang negatif dalam diri aku. Dan aku belajar dari hal tu. Sangat. Sometimes aku rasa aku nak lari dari semua orang yang terlibat dalam hal tu. Tapi aku kena tahu. Past is a past. Mungkin aku kena belajar terima nasihat orang. Aku tak boleh rasa diri aku saja betul. Tapi kenapa ya kalau aku buat salah, dan orang nasihatkan aku. Aku akan rasa pangggg. Terpanah. Rasa malu. Rasa tak boleh terima. Rasa nak melawan. Padahal boleh saja, aku ambil nasihat tu. Aku terima komen orang tentang aku. Dan aku ubah jadi lebih baik.
Umur 21 tahun. Aku tak lepas dari rasa dikhianati. Orang boleh ambil dan orang boleh buang aku sesuka hati mereka. Aku selalu rasa aku ni sangat boring. Sebab? Sebab aku tak pandai nak komunikasi dengan orang. Aku tak pandai ambil hati orang. Sebab tu orang mudah buang aku. Aku rasa diri aku terlalu naive. Aku rasa orang mudah ambil kesempatan ke atas aku. Orang mudah marah aku. Sebab diri aku yang terlalu naive.
21 tahun. Aku belajar banyak sangat perkara. Tentang team work, tentang sesuatu organisasi di universiti di handle. Banyak pahit manis di umur 21. Tapi aku rasa 21 lebih kepada pahit. Lebih kepada aku nak bersendirian. Sebab aku tak nak berhadapan dengan orang. Aku takut. Aku tak berani. Dan macam-macam lah. Mungkin aku sedang beradaptasi dengan segala cabaran yang aku hadap dan segala tanggungjawab yang aku pikul.
21 tahun yang sukar, 21 tahun yang orang-orang yang buat aku selesa tinggalkan aku. 21 tahun yang aku rasa tak nak balik rumah dah. 21 tahun yang aku banyak sakit. 21 tahun yang aku lalui hanya dengan diri aku.
Alhamdulillah, I'm going to 22, a few minutes from now. I'm going to have a little celebration tomorrow with myself. Just with me. Since 21 aku pun takde celebrate apa. Why not this year kita celebrate sebagai permulaan yang baru. Sebagai orang yang baru. Jiwa yang baru. Aura baru. Dan semua baru lah.
Since I'm 22. Jadi umur aku dah meningkat satu. Dalam masa yang sama umur aku semakin berkurang. Aku tak tahu banyak mana bila jangka hayat aku yang tinggal.
Happy birthday myself <3
Aku harap kau akan jadi more wiser. More unique. More brave. More percaya diri.
22. Aku nak keluar sekali lagi dari kepompong takut aku. Aku nak cuba sekali lagi. Mungkin aku boleh belajar dari pengalaman. Mungkin akan stop jadi innocent. Aku akan jadi diri aku sendiri. Yang berani. Yang can speak out loud. Yang boleh bawak diri aku dalam dunia yang penuh liku-liku.
Aku nak 22 tahun jadi tahun kau mula jadi hebat. Kau buang segala habit negatif. Kau keluar dari cengkaman dunia kau. Aku nak kali ni kau kata kau boleh. You want the best. Aku nak kita strat new journey. Kita belajar cara communicate dengan baik. Cara nak bercerita dengan penuh gaya. Hahaha. Aku selalu gagap kalau dalam bercerita. Bukan gagap apa, cuma banyak jeda. Aku nak cuba jadi talk active. Aku nak berani wujudkan kasih sayang dengan umi dan abah. Boleh kata aku nak jadi different lah dari sebelum ni. Aku nak jadi lebih baik, lebih hebat.
Bermula pada umur 22 such a nice age. Tak terlalu tua. Tak terlalu muda. Kita di era tengah matang. Andai kata aku berjaya keluar dari kepompong ni. Dan welcome, newself.
Aku berjaya wujudkan mimpi-mimpi aku. Aku dapat 4flat, aku pandai berenang, aku handal sparring, aku boleh jadi leader, aku boleh berbahasa cina, aku boleh speaking, aku dah boleh masuk podcast dah. Hahaha hebatnya angan-angan. Tapi semua tak mustahil kan? Kalau kita berjaya keluar dari kepompong ni. Kepompong yang takut untuk cuba, pemalu, awkward, tak confident, not enjoy her moment of life.
Mungkin hadiah yang bermakna dan paling berharga untuk aku bukanlah dari barangan semata-mata. Tapi self development. I need to trust myself and try my best.
A blessing Friday for a blessed baby girl.
Happy birthday myself. I love myself so much. Semoga 22 menjadi penanda aras untuk kau menjadi lebih maju dan berjaya. Ingat, jangan pernah malas nak cuba.
Love, urself.
00.38am 1st November 2024.
ps: always be strong. Sebab ? You aren't born sad. Fly high girl. (Future me who read this, please be proud of me yang try hard to build ourself)
Ulasan
Catat Ulasan