prioritize my mental health
Hello!
Lamanya tak menulis. Lama tak muhasabah diri. Kadang dengan menulis ni, aku memuhasabah diri. Berfikir mana jalan yang patut aku ambil, apa perlu aku buat. Aku luah segala yang terpendam dalam hati.
One day kau akan baca balik kan? I wonder kat mana kau berada? Mesti dah berjaya. Aamin.
Okey it's about mental health. Isu ni dia rumit. Cehh. Hahahahah. Sepanjang cuti sem 2 bulan tu kan. Aku jarang menulis. Padahal banyak benda yang aku nak cerita. But dalam masa tu la. Aku fikir mulai sem ni aku nak prioritize my mental health. Aku nak utamakan kesihatan mental aku. It's should be number one in any situation or decision yang aku ambik.
Sebenarnya aku xde mood nak menulis ni hahahhaha.
Okey, aku start my first day class pada hari ini. Dan ofkos aku akan jumpa kenalan universiti aku, orang-orang yang pernah buat hati aku luka dan macam-macam lah. Dan macam mana aku handle tu?
Okay we are geng actually. I won't to say that. But it's okey la. Tulis dh pun. Dan masa cuti pun diorang ada borak borak dalam ws group. But I'm not participate. Aku tak balas apa-apa. Tak bukak that group chat. Sebab aku malas dah. Rasanya dah nak pelan-pelan menjauh.
Ya, aku nak jauhkan diri. Tengok macam mengarut je tulis time not in mood ni.
Masa first class tadi pun aku duduk belakang. Tak duduk sekali dgn diorang. Try not to buat eye contact dengan diorang. Like sebenarnya bukan salah diorang 💯. Salah aku juga. aku lambat buat assignment dan benda itu menjejaskan markah diorang juga. But it won't 💯 my fault. Jadi aku rasa dengan jauhkan diri aku tak perlu dah satu group assignment dengan diorang. Dan aku tak perlu buat diorang susah hati dengan kerja last minit aku. Sebab apa? Sebab aku kesiankan mereka. Aku rasa macam jadi beban kepada mereka. Aku tak nak dah. Mungkin diorang ada terdetik kalau aku satu group assignment dengan diorang lagi, then aku akan ulang lagi silap tu. Then disebabkan tu lebih baik aku jauhkan diri.
Jangan jemput sedih itu untuk singgah. Cerita 3 month ago. Ni nak cerita tentang orang yang sama. Dia nampak macam sangat-sangat rindu aku. Dia nampak teruja bercakap dengan aku. Walhal dengan dia lah, aku paling nak menjauh. Aku tak nak dah satu kelas dengan dia. Tapi takkan lah aku nak drop that subjek sebab dia? Ambik je lah. Peduli apa tentang orang. Dan aku rasa aku fake. Hahahhaha. Tapi takkanlah aku nak putuskan persahabatan kan ? Aku just nak menjauh je. Slow-slow hilangkan diri aku. Untuk kebaikan mereka juga. Sebab bila aku buat kerja last minit, aku rasa serba salah gila dekat kawan-kawan aku. They're a good person. Bagus. Dari segi agama, pelajaran. Dan aku sebenarnya beruntung kenal dengan mereka. Aku tak jadi culture shock. But, itulah. Aku just tak nak menyusahkan mereka dengan sikap last minit aku je.
Eh orang cakap, "apa kata kau yang ubah sikap kau?" And yes I'm slowly change. Aku bertekad sem ni. Atau dalam 2 tahun berakhir ni. Untuk dapat dekan. First class degree. Aku tak nak bayar PTPTN. Sebab aku totally miskin. Simpanan aku selama ni takkan nak guna untuk bayar PTPTN?
DAN disebabkan itu aku nak jauhkan diri dari diorang. Sebenarnya bukan diorang. Tapi dalam diorang tu, ada seorang yang betul-betul buat aku terasa hati. Bukan dia tak minta maaf. Dan bukanlah aku tak memaafkan. Cuma aku tak boleh lupakan. Dan disebabkan seorang itu ada dalam kalangan diorang. Then why not aku jauhkan je diri aku dari semua orang. It's okay to be alone kan?
Aku nak prioritize kan mental health aku. Sumpah aku sangat tertekan dengan semua yang jadi sidang lepas. It's like roller coaster. Dan roller coaster tu terjatuh, aku yang paling teruk sakitnya.
Aku tak ambil class 206 this sem. Padahal dalam buku panduan aku kena ambik subjek tu. Tapi disebabkan peristiwa memalukan aku tu terjadi. Dan aku sangat malu untuk berhadapan dengan Dr. Jadi aku tak ambik subjek tu. Dan subjek tu subjek wajib untuk major aku. Aku just tak bersedia, nak ambik subjek dr lagi. Lagipun kawan-kawan lain semua dah ambik. Dan bolehlah aku escape. Nanti sem 7 nanti aku ambik. Sorang-sorang. Bersama junior.
Dan enough pasal tu. Hahahahha aku terlalu fake untuk bermuka manis dengan diorang pagi tadi. Diorang ajak lunch sekali pun aku tolak. Tapi memang aku perlu tolak pun sebab aku dah ada janji dengan kawan kat desa nak tolong dia angkat barang pukul 1 petang tadi.
About prioritize mental health lagi. Aku nak kurangkan masa kerja part-time aku dekat koperasi. Sebab? Bukan aku taknak duit. Tapi mental health aku sangat terjejas kat sana. Kadang-kadang kalau aku kerja 3 slot sehari aku rasa sangat burn out. Dia punya penat lain macam. Tak sama macam penat tolong umi. Dia penat mental. Dan itu paling sakit. Lagipun aku rasa ia tak berbaloi sangat dengan masa yang aku sumbangkan. Ya, sepatutnya memang berbaloi sebab kerja senang sangat. Dan we are actually banyak rehat dari kerja. Tapi dia punya burn out. Macam kerja aku nak kena guna tenaga banyak sangat.
Untuk pengetahuan kau di masa depan, kot-kot kau lupa. Aku kerja Rm5.70/jam.
Jadi untuk spend masa aku berjam² untuk dapat that amount. Aku rasa tak berbaloi. Tak berbaloi untuk mental health aku. Dulu aku pernah nak stop kerja. Aku nak cari kerja kat tempat lain. Tapi aku rasa kat tempat kerja aku sekarang gajinya paling banyak kat dalam kampus ni. Tempat lain hanya rm4/jam. Jadi aku stay. Untuk dapatkan duit lebih.
But now, aku akan still masuk kerja. But not really kerap la. Aku masuk 3 or 4 kali je seminggu. Or 2 kali je seminggu. Boleh la. Dapat rm 100 sebulan pun okey dah. Aku penat la. Kena marah. Benda boleh cakap elok-elok pun nak marah. Apa kata, kali ni kalau orang marah aku. Aku marah dia balik? Aku bukan tak berani kan sayang. I more than that. Kalau ikut panas baran aku. Silap-silap dia tak cakap dengan aku dah. Terus tempat kerja jadi kubur. Silap-silap jadi gaduh besar. Tapi boleh ke aku diam diri, kalau diri aku kena macam tu lagi. Sayang aku dah besar. Aku kena pertahankan diri aku. Orang tak boleh nak suka hati marah aku.
Jadi, apa yang aku harapkan untuk mental health aku ialah aku tak boleh tulis dah. Aku dah malas. Panjang betul aku tulis ni.
Tapi semoga aku boleh fikir la erk. Baik buruk satu benda tu. Kalau tu menjejaskan mental health aku. Then stop. I need to run. Or i need to speak up. I need to confront that. Yang penting hubungan kita dengan Allah kan? Orang baik, memang banyak ujian. Kita kena kuat dari dalam dulu. Cuba yang terbaik. Buat yang terbaik. Belajar elok-elok. Ingat misi kita. Nak dapat dekan. INGAT TUUU.
I LOVEEEE YOU.
Sem 5, first day.
15 Oktober 2024
Ulasan
Catat Ulasan