pengorbanan
Hi, on my way to sleep but...
Baru je habis video call dgn umi. Wan pergi hospital, demam.
Look at my mother face n I come to think, umi berkorban a lot. For me. Untuk adik-adik.
Aku nampak umi penat sangat. Dari mata, umi nampak tak cukup tidur. Sedangkan aku? Pulas tidurnya tanpa fikir nak berubah jadi lebih baik.
Umi. Seorang yang sangat tabah. She is everything. Ketika aku sakit, umi lah yang teman pergi hospital. Umi hebat. Sangat.
Jadi, orang-orang berkorban demi aku. Aku yang tengah sambung belajar. Tapi belajarnya selalu last minute. Abang, kakak aku pun sama. Berkorban demi aku. Abah pun.
Jadi, jika aku gagal? Apa aku nak beri kepada mereka? Jika aku gagal, apa aku nak tunjuk kepada mereka? Kekecewaan?
Aku selalu fikir dari dulu yang orang-orang berkorban demi aku. Kalau tak disebabkan mereka, then aku tak boleh nak sambung belajar. Kalau tak disebabkan mereka, aku takda peluang untuk melangkah. Kerana sepatutnya, aku di posisi mereka. Aku yang patut ambil tugas mereka. They need me, untuk semuanya jadi lebih smooth.
Tapi aku larikan diri. Aku sambung belajar jauh-jauh. Tiada apa yang boleh aku tolong, melainkan melihat mereka lelah, letih ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk tampung kos belanja aku di sini.
Teringat pula, waktu lingkungan umur 15,16 tahun dulu. Aku kata kepada aku sendiri. Aku tak boleh terus berada kat sini. Aku kena keluar. Tolong umi abah sangat memenatkan. Aku kena lari dari realiti keluarga aku. Aku kena pandai, aku perlu masuk universiti. Aku tak nak habiskan usia muda dengan tolong umi abah. Aku penat. Aku tak nak rasa penat ni lagi.
Tapi makin tinggi aku belajar, makin bijak cara aku berfikir. Pernah aku tulis dulu 'cara menabur kasih tak sama'. Aku mula fikir, begitulah cara kami sekeluarga luangkan masa bersama. Ketika kecil dulu aku pertikai cara umi, kenapa ibu orang lain selalu caring dengan anak dia. Selalu risau anaknya sudah makan atau tidak. Macam-macamlah. Tapi kenapa umi tak pernah tanya aku dah makan ke belum? Dan aku sedar rupanya cara menabur kasih tak sama. Dan aku lebih suka cara keluarga aku spread the love. Different but the bonding is really strong.
Berbalik kepada pengorbanan, ketika aku melangkah saja ke alam universiti. Sudah timbul rasa sedih yang sangat dalam kepada aku. Aku rasa sedih sebab lepasni aku dah tak boleh selalu tolong umi dan abah. Aku sedih sebab nanti siapa nak tolong umi itu dan ini?
Dan disebabkan itu, setiap kali cuti je aku akan balik kampung. Dengan niat aku nak tolong umi.
Lama-kelamaan aku fikir lagi. Kos pergi balik rm100. Makan modal jugak kalau selalu balik. Tambah-tambah sekarang aku kena jimat. Bukan aku je yang sambung belajar. Adik-adik aku juga. Jadi untuk kurangkan kos, aku jarang balik kampung. Lagi pula, setiap kali balik kampung, mesti umi akan tambah duit belanja. Untuk kurangkan spend umi terhadap aku juga, that's the reason why aku jarang balik kampung. Setakat cuti 3,4 hari baik aku simpan duit tu.
So, aku kena belajar betul-betul. Jangan hampakan diri aku. Mahupun orang yang banyak berkorban demi aku.
Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang baik kepada wan, kepada umi dan abah. Kepada adik beradik aku. Ya Allah rahmati lah mereka dan engkau berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menempuhi hari-hari yang sukar.
Late night thought; 23 Oktober 2024
Ulasan
Catat Ulasan