cerita malam

Hi, ada sedikit cerita.

Entah kenapa akhir-akhir ni aku jadi sangat malas. Seperti tak buat apa-apa for a 2 days straight. Bangun lambat..cepat² siap pegi keja. Balik keja tido. Bangun pulak untuk shift malam. Then balik keja sambung scroll tiktok. Tido lambat. Solat tak terjaga. Apa kau nk dalam hidup kita ni sayang? 

Babak 2. Hahaha drama nya...

Aku out of money lagi. Bukanlah totally lost macam dulu. Aku dah asingkan siap² untuk perbelanjaan lain, kos balik kampung semua. Cuma aku terkorek tabung untuk service moto. Dalam 50 ringgit. Dan dah tak terganti. Sebab aku nk korek duit kat mana lagi. Jadi untuk baki lebih kurang seminggu ni. Aku hanya berbekalkan beberapa belas ringgit. Aku plan nk beli telur dan mi segera. Boleh la buat makan-makan hilang lapar. Kiranya nanti untuk telur dan mi segera tu boleh dalam Rm10. Baki sikit lagi boleh la aku buat beli nasi bujang. Takkan hidup nk bermegi je. Rosak kesihatan aku. Ish janganlah. Aku makan sekadar untuk survive je sebelum balik cuti sem. 

Dan sebenarnya aku ada lagi rm100 cash. Dalam bank memang zero la. Cuma cash tu nanti aku plan nk pergi dating dengan diri aku. Pergi library tengok buku. Makan dekat cafe² hipster. Aku nak rasa coffee yang ada art kat atas tu. Hahahhaha walaupun aku sebenarnya x suka minum coffee sangat. Tapi hot chocolate okey kot. Aku seriously nak pegi heal myself. Coz i know after balik rumah. I'm just going to repeat same routine. So budget² rm 50 je la self healing makan mewah aku tu🤣. Walaupun mur² je. At least dapat me time tersangatlah tenang hati aku. 

Jadi begitulah hidup aku kat uni ni. Tengok orang lain makan sedap-sedap. Pegi restoran mewah ingat aku takde nafsu ke nk follow juga. Tapi kita sedar diri. Sedar apa financial achievement yang kita nak untuk masa depan nanti. Aku terfikir-fikir aku nak wujudkan tabung kematian untuk diri aku. Seram bila dengar. Bukanlah apa, cuma incase aku mati ditempat orang, bukan tanah air aku. Biarlah jasad aku disemadikan di sana. Dan andai kata tanah kubur negara tu mahal sehingga menyebabkan family aku rasa buat balik jasad aku lebih berbaloi. Then biarlah simpanan tabung kematian aku itu digunakan untuk beli tanah kubur aku sendiri. Jauhkan fikir. Aku cuma takut, jasad aku terseksa dengan prosedur nak bawak balik mayat ke tanah air tu. 

Aku juga terfikir, apa yang aku akan jadi dalam masa 2 tahun. I mean lepas habis degree la. Aku dah siap tulis cerita Nafiya Zhahira ke? Aku dapat first class degree ke? Aku dah dapat black belt taekwondo ke? Aku dah pandai berenang? Communication skills pula macam mana? How i handle my emotion pulak? Atau aku akan mati dalam masa dua tahun? Macam-macam boleh jadi. Tapi aku tak sangka aku boleh terfikir benda tu. Tiba-tiba aku jadi takut. Aku banyak hutang dengan Allah. Aku banyak dosa dengan manusia. Aku tak jadi muslim sejati lagi. Pakaian aku, kadang masih tak sopan. Mulut aku, kadang terlalu tajam. 

Aku tiba terfikir. Bagaimana cara kematian aku? Siapa lah nak mati dalam keadaan ngeri dan sebagainya. Sebolehnya biarlah khusnul khotimah. Macam dulu-dulu aku selalu doa. Allahumma inni as aluka khusnul khotimah. Dulu selalu amal. Dalam sehari kena baca. Setiap kali lepas solat atau apa² kena baca. Dan aku sangat berharap andai aku mati, takde poster kematian aku dibuat. Bukanlah tidak mahu kematian aku disebarkan dan aku didoakan. Cuma, aku hanya tidak berkenan jika gambar aku dipost dalam poster begitu. Sedangkan tika masih hidup pun aku cukup segan kalau bab² tayang wajah kat medsos. Hahahhaga. Tapi ada juga yang terlepas. Aku masih muda. Masih galak untuk dilihat dipuji cantik. 

Tapi entah aku pun tidak tahu. Jika suatu hari, aku sudah bebas dari rasa insecure. Aku sudak mula yakin dengan wajah seposen aku. Mungkin aku akan galak mengepost gambar sendiri. Aku pernah berhasrat kalau wajah aku setanding model pujaanku dan tanpa segan silu akan aku expost juga gambar aku hahahahhaha. Tapi setakat ini, biarlah aku simpan segala photo diriku. Hanya untuk tatapan diriku. Setakat ini juga aku aktif post video tiktok tayang muka gedik🤣 tapi jarang-jarang sekali la. Sebab aku tahu tiktok aku tiada view. Kadang 0. Kadang 2. Jadi aku rasa sedikit bebas dalam mempamerkan muka tak malu aku kepada dunia luar. Aku juga lebih suka bila aku post wajah aku, di platform dimana tiada orang pun kenal aku. Hahahahha i'm free from judgement orang sekeliling girl. 

Okey la. Satu jam aku menulis. 

Love, myself.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

self-deep talk

intelligence guy

keep going