persoalan hidup
Going to balik kampung soon.
Saturday going to heal myself.
Sunday going to be rush day.
My skin break out. Lot of acne. Sakit hati dengan jerawat. Pores getting bigger. Sebum made my face oily than usual. I hate it. Yellow teeth. When can i buat whitening teeth? Shame to smile, to talk, to laugh with this yellow teeth.
Still about to figure out, what i want in life. Nak kerja makan gaji ke nak kerja sendiri? Nak kawin umur berapa ? Ke taknak kawin? Nak sambung phd sebab apa? Nak jadi lecturer ke? So kerja makan gaji la? Jadi kerja based on office hour la? Bila nak stop scrooling and start reading? Bila can fluently speak english ? Write poetry in english?
Bila nak dapat dekan? Apa preparation kau untuk dapat first class degree? Adakah dengan meniru? Adakah itu berkat? Apa plan kau 2 tahun lagi? Kawin? Jumpa someone special? Masih struggle nak lawan nafsu? Masih scrolling like usual. Like 5, 6 years ago? Bila kau nak all out? Bukan bersembunyi disebalik sifat innocent ni.
Bila nak mula start a business? Coffee shop, book cafe is your dream bukan? Bila nak start menulis sebuah cerita dan hantar manuskrip ke syarikat penerbitan? Bukan tu impian masa kecil kau ke? Sampai bila nak jadi sebodoh ini?
Sebenarnya duit² kau kemana? Duit ribu riban kau dapat ketika masuk universiti? Sisa baki duit PTPTN? Sisa baki duit kerja part-time? Bukan semua masuk dalam simpanan. Ada yang terboros. Merajakan diri. Belanja skincare seperti dia anak jutawan.
Sampai bila nak malas begini? Jika dibelek helaian nota yang aku tulis dulu, kata kunci 'malas' seperti tidak asing. Ada saja hasrat yang aku suarakan untuk keluar dari cengkaman malas. Kau nak malas sampai rasa menyesal ke?
Ke mana diri kau? Yang bertekad nak ubah nasib diri. Kau nak semua jadi sia-sia? Kau nak air mata yang pernah tumpah dulu jadi sia-sia? Kau nak khianati hasil usaha aku selama ni ke? Penat aku teguhkan hati untuk hiraukan manusia yang menjatuhkan aku. Pada akhirnya yang jatuhkan aku adalah diri aku? Mana usaha kau untuk berjaya?
Sekarang aku lihat, kau seperti menerima. Kau merelakan aku malas begini. Kau merelakan bila aku tak dapat jawab dengan baik semasa peperiksaan. Kau tak rasa menyesal. Kau kata padan muka sebab tak study. Tapi kau tak menyedal. Kau seolah-olah tidak cuba berusaha untuk aku. Untuk diri kecil kau.
Aku tahu, kau dah besar. Tapi kau kena ingat. Kau pernah teringin nak mengusap lembut diri kecil kau, dan katakan you did it. Tapi mana? Aku tak nampak usaha kau kini. Dia takut nak ucapkan apa yang terbuku di hati. Tapi kini, dia sudah berani. Dia tak takut lagi. Tapi beginikah cara kau nak bentuk masa depan dia?
Dunia sekarang menghanyutkan. Kau leka dengan dunia bodoh alam maya. Kau leka dengan hiburan yang tidak mendatangkan manfaat. Kau leka dengan kisah hidup orang. Kau terlalu ingin kemewahan yang aku tak mampu biayai.
Sayang. Bangkitlah. Mulakan hidup baru. Bukan macam ni impian kecil kita. Bukan macam ni diri kau yang menangis-nangis tiada tempat mengadu inginkan. Aku nak kau berjaya. Aku nak kau educated. Aku nak kau jadi orang berilmu. Aku nak kau fasih berbahasa Inggeris. Aku nak kau boleh bertutur dalam bahasa ketiga. Aku nak kau mampu pertahankan diri kau. Aku nak kau sihat. Aku tak kisah umur berapa jodoh kau sampai. Walhal dalam masa sekarang aku sangat bersyukur sebab aku tak ada suka dekat sesiapa pun. Yang aku kisah, kebahagiaan kau. Kebahagiaan bila ada duit sendiri. Kebahagiaan bila ada rumah sendiri. Kebahagiaan bila kita dapat mengajak masyarakat untuk minat memba. Kebahagiaan bila kau sendiri suka baca buku. Kebahagiaan bila kau dahagakan ilmu.
Sayang, jangan pernah cuba-cuba menyerah. Kita masih ada masa. Untuk coret masa depan yang lebih baik.
Love, myself.
26 July 2024
Ulasan
Catat Ulasan