jangan jemput sedih itu untuk singgah 2

Ini bukanlah cerita sedih lagi. Cuma sedikit update tentang cerita semalam. 

Aku mengaku semalam jiwa aku kacau. Aku stress. Aku marah. Rasanya semua perkara yang buat aku sakit terimbas sedikit demi sedikit. Aku selalu berharap semoga aku akan lupakan. Segalanya. Tentang sesuatu hal yang telah buat hati aku luka. 

Malam ni. Alhamdulillah aku boleh senyum. Aku boleh ketawa. Walaupun aku nampak diri aku agak kekok dalam bersosial. Aku tak tahu, benda apa yang seperti menyekat energy aku untuk all out. Untuk rasa gembira yang memuaskan. Aku seakan masih mengunci diri aku yang sebenar. Aku pakai topeng. Sampai aku pun sudah terasimilasi menjadi sendu begini. 

Malam ni aku nak cerita. Tentang orang yang buat aku sedikit kecewa semalam. Dia mesej aku. Dia minta maaf. Aku baca, tak berniat nak membalasnya awal. Entah kenapa hati aku seperti pudar. Aku menerima maaf orang. Tapi hati sudahpun terkoyak. Bukanlah tidak ikhlas aku memaafkan. Cuma, aku rasa aku tak layak lagi untuk berada dalam satu kumpulan assignment. Aku tak rasa aku mahu rapat lagi dengan dia. Bukan aku berdendam. Bukan aku tidak memaafkan. Cuma, rasa rapuh yang buat jiwa aku pilu. 

Aku tak ingin bermusuhan. Cuma biarlah setakat ini. Bukan aku mahu memutuskan. Cuma biarlah diam-diam aku jauhkan diri. Demi hatiku. Demi mentalku. Aku hanya ingin hidup dalam dunia yang jauh dari orang yang gemar menjatuhkan aku. Aku ingin tidur kerana mengantuk. 

14 Julai 2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

self-deep talk

intelligence guy

keep going