dear diary

Heiiii what I'm thinking about. 

So here we go. Aku nak tulis something di sini. 
Aku ni baru ada terniat nak stalk teme tu. Like. Hahahahahahha after nk habis viral baru aku nk stalk. Hahahhaga bukanlah apa. Aku sometimes malas nk follow benda-benda viral ni. Like nanti aku ter catch feeling la apa la. Eiiii not worth it. Macam bodo sesuka hati crush kt orang though online. 

Dan ada satu post ni buat aku terstalk juga akhirnya. Post ss from Twitter. Yang menampakkan aku bahawa teme like a fiction character. Hahahhahahha how can. Jadi aku stalk his ig. Dan aku terbaca pin post dia. Pasal notes untuk diri bila dah 30 tahun. Awww i want to do that juga la. Aku kan selalu ada rasa nk buat nota masa ni. But never do. Aku always rasa ehh kenapa time aku remaja dulu aku tak tulis eh. 'surat untuk diriku yang berumur 20 tahun' hahahahaha. 

Dan baca² lagi. Dia ada tulis blog. Welll aku suka gila baca blog. Macam baca luahan hati orang. Baca pendapat orang. Like i can tahu benda yang bermain di fikiran orang. Aku boleh tahu tentang mindset dia. Awhh its so really menaikkan semangat aku bila aku baca blog berkenaan kisah hidup orang lain. Give me sumber inspirasi. Untuk terus berjuang dalam kemalasan. 

Dan terbit satu rasa ni kan. Dia rasa macam kenapa ya aku tak jumpa blog ni waktu aku umur 10tahun dulu. Ya Allah dulu sangat mengarut tau benda² yang aku baca kat internet. Kenapa I didn't baca this blog time aku muda remaja dulu. Boleh la buang segala mindset kampung tu. Manalah tahu aku sekarang tengah berusaha dapatkan degree dalam architecture. 

Dulu kan, ishh aku ni suka sangat melukis bentuk² rumah ni. Wish to futher my studies in architecture tahu. Kalau kat buku tu kat depan sekali tulis biodata. Mesti cita² letak arkitek. How i wish untuk jadi arkitek. Tapi sekarang perancangan Allah SWT lagi indahkan. Walaupun bukan bidang architecture yang aku sambung. Walaupun aku selalu jeles dengan kawan² yang dapat belajar lakar bangunan macam aku buat time kecik² dulu. 

Semoga dengan berinspirasi kan teme. Aku dapat bentuk diri aku, peribadi aku yang lebih baik. Aku ni pemalas tau. Aku ni procrastinate person sangat. Tapi bila aku sedar, aku selalu nak jadi better. Nak jadi diri aku yang lebih baik. Ada dulu aku tulis kat cermin bilik aku. 

'today, i'm gonna be better version of me' 

Jadi bila aku tengok cermin. Melihat wajah cantik aku. Aku akan baca. Dan hahahahha kadang² tak terbaca pun walaupun benda tu kat depan mata. How i berusaha untuk jadi yang lebih baik dulu. 

Banyak wei yang aku dapat dari dia. Baru baca sikit je. Tapi macam² melanda fikiran aku. Dia buat aku terfikir. Tersenyum. Cara dia mengaplikasikan contoh. Fuhhhh begitu nampak yang imaginasi dia kuat. While me. Nak tulis satu cerita pun. Aghhhhhhhh. Tolonglah aku nak wujudkan juga cerita Nafiya Zhahira tu. 

Dia ada juga sentuh pasal parents. Pasal ibu. If tak pasti tanya pendapat ibu. If apa² luah kat ibu. Story telling kat ibu. 

Dan aku tertanya la kan. Aku ada ibu. Aku ada umi. Umi alhamdulillah sihat lagi. Masih boleh cari rezeki. Kiranya umi belum sepenuhnya tua. Jadi sebenarnya aku boleh tell umi, story to umi dan minta pendapat umi. 

But i never do that. Walaupun demi Allah aku nak sangat cerita something kat umi. About my uni life. Tentang masalah² aku kat uni. Tentang kawan². Semua lah. Aku nak cerita macam macam kat umi. Tapi lidah aku kaku. Aku tak boleh. Aku nak cerita tapi aku tak boleh. Aku tak pandai. 

Aku tertanya lah kan. Pernah ke bila aku buntu aku minta pendapat umi?  Pernah ke bila aku ada masalah aku share kat umi? Never. 

Dan pernah ke aku luah. Aku really sayang umi? Aku really proud of umi? Never. 

Bukan aku tak nak. Tapi aku selalu rasa umi ada masa ke nak fikir masalah aku? Umi ada masa ke nK dengar curhat isi hati aku? 

Aku kan, bila nak exam. Aku call umi. Aku nak sangat cakap, nak minta umi doakan aku untuk jawab exam. Doa ibu mujarab kan. Tak de lapis² terus sampai kat Allah. Tapi kadang, nak cakap kat umi esok aku exam pun berat. Susahnya nak cakap. End up aku letak fon. Without ask for doa umi. 

Okey la. Letter i do some writing about umi. Yang aku akan cerita panjang sikit. Bila ada masa best nanti. 

Tulisan dari hati, myself. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

self-deep talk

intelligence guy

keep going